AKTIVITI

 

AKTIVITI HARIAN

Para pelajar MTM berkumpul di Lapangan Thobur selepas loceng dibunyikan pada jam 7.30 pagi. Kesegaran udara pagi dimulakan dengan bacaan doa selama 5 minit dan mereka meneruskan pengajian dan pembelajaran di kelas masing-masing. Proses pengajian dan pembelajaran berlangsung  9 masa untuk sehari. Sesi aktiviti pembelajaran harian diakhiri dengan doa akhir dan diikuti solat Zohor berjemaah mengikut jadual berkala. Selepas solat Zohor, tempoh 1 jam dimanfaatkan oleh para pelajar untuk berehat dan mengisi perut bagi meneruskan kelas pemulihan oleh para pelajar untuk berehat dan mengisi perut bagi meneruskan kelas pemulihan dan pelajaran pada sebelah petang yang berakhir pada jam 5.00 petang. Kadangkala kelas tersebut diselangi dengan aktiviti ko-kurikulum atau aktiviti sukan.

AKTIVITI MINGGUAN

Hari Ahad merupakan hari permulaan seminggu sesi persekolahan. Perhimpunan selama satu jam merupakan aktiviti terpenting mingguan untuk memberi input, motivasi, tazkirah untuk memberi peringatan dan persediaan kepada seluruh pelajar MTM. Sekurang-kurangnya satu aktiviti dilaksanakan secara mingguan samada ia dikendalikan oleh pihak Pentadbir, Unit Kurikulum, Ko-Kurikulum, Kaunseling, Disiplin, BDLKP atau lain-lain. Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti tersebut digariskan untuk memberi manfaat kepada warga MTM amnya dan pelajar-pelajar MTM khasnya.

AKTIVITI BULANAN

MTM merancang untuk melaksanakan program-program  yang seimbang bagi merealisasikan moto “Mengembalikan Tradisi Kegemilangan” antara aktiviti bulanan Usrah Pimpinan Pelajar, Usrah Guru, Qiamullailm, Pertandingan Kebersihan, Motivasi Berkala dan Ujian Bulanan.

AKTIVITI TAHUNAN

Bertolak daripada perancangan harian yang berasaskan mato “Mengembalikan Tradisi Kegemilangan” 55 orang tenaga pengajar sekoalh ini telah bersama-sama menggembeling seluruh usaha dan tenaga untuk mencapai kejayaan dalan semua bidang. Jesteru, program-program tahunan dimulakan dengan Solat Hajat Awal Tahun, Minggu Taaruf, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan Pelajar, Ceramah-ceramah Agama, Bimbingan Rohani, Aktiviti-Aktiviti Sukan, Persatuan,Hari Sukan, Hari Kerjaya, Kursus Organisasi, Sambutan Hari Guru, Hari Terbuka, Seminar Peperiksaan, Perkampungan Kecemerlangan Peperiksaan, Mesyuarat Agong PIBG dan lain-lain.

 

   

Makluman
SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, terletak 8 km dari pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darulnaim, 5 km dari bandar Baru Kubang Kerian dan 5 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra Pengkalan Chepa.
     
Menu
 
Ko-kurikulum
 
Pautan
Kemaskini : 2 NOV 2006
Hakcipta Terpelihara MTMcomclub Productive Designer © 2006
PENAFIAN
SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui  laman web ini. 

comsebarang pertanyaan mengenai laman web ini boleh dihantar kepada: mtm_comclub@yahoo.comSMU (A) Tarbiah Mardhiah, Panchor 16100 Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. tel: 09-7739594 fax: 09-7749320