BIODATA PENGASAS

 

* Hj. Nik Abdullah B. Hj. Arshad
* Dilahirkan di kampung Panchor, Kemumin pada tahun 1934M
* Ibunya bernama Raja Mariam bt Raja Daud
* Dilahirkan di kampung Panchor
* Bapanya Hj Arshad yang masyhur dengan panggilan "Tok Ayah Kedah"
* Mempunyai 7 orang adik beradik, 6 lelaki dan 1 perempuan.

PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Haji Nik Abdullah tidak pernah mendapat didikan dari mana-mana sekolah samada Sekolah Melayu atau Sekolah Agama Arab. Beliau sekadar mendengar pelajaran agama melalui kitab jawi dan arab dari bapa saudaranya Tuan Guru Haji Daud Said dan belajar Al-Quran dari abang-abangnya terutama sekali Haji Mohd Zain (abang sulung). Selain dari Tuan Guru Haji Daud, ketiga-tiga abangnya merupakan sebagai pendorong utama untuk beliau bersekolah dan merekalah yang telah membuat keputusan untuk menghantarnya ke Sekolah Jami’ Merbau (kini- Maahad Muhammadi Perempuan) di Kota Bharu.

Pada tahun 1947M, sewaktu orang Melayu begitu ketinggalan dalam bidang pengajian dan pendidikan, beliau telah memulakan pengajiannya di Jami’ Merbau dalam Darjah Satu dan sepanjang berada di sana, secara tidak langsung Haji Mohd Zain suami isterilah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan persekolahannya seperti menghantar belanja dan keperluan harian mengikut kadar termampu sekalipun ibunya Puan Raja Mariam Raja Daud masih ada.

Sewaktu belajar di Jami’ Merbau, beliau tinggal menetap di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir di Bunut Payung dan terpaksa berulang alik ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh kira-kira 3.8 km. Walaupun tinggal di Pondok Bunut Payung, beliau tidak mengikuti sebarang kuliah pengajian yang diadakan di situ, cuma beliau hanya cuba menghafal sebuah buku yang dinamakan “Al-I’rab” yang dikarang sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sebagai syarat untuk membolehkan beliau untuk terus menetap di pondok tersebut. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat mengkhatamkan buku “Al-I’rab” tersebut kerana tumpuan dan perhatian lebih kepada pengajian di Jami’ Merbau.

Beliau tidak dapat tinggal di Pondok Bunut Payung dan terpaksa berpindah dan tinggal pula di Surau Kampung Menuan (Pondok Ustaz Haji Shuaib) yang letaknya tidak berapa jauh dari Masjid Besar Muhammadi Kota Bharu. Beliau menamatkan pengajian di Thanawi Dua iaitu dalam Darjah Lapan pada tahun 1957. Semasa di Jami’ Merbau, beliau mempelajari kitab-kitab tua seperti:

* Tafsir Jalalain
* Tafsir Al-Maraghi
* Sharoh Ibnu Akil (Kitab Nahu Soraf)
* Tauhid Al-Husunu Al-Hamidiyah
* Hadith
* Balaghah

Semasa di Jami’ Merbau, beliau juga mempelajari pelajaran akademik seperti Matematik, Geografi, Sejarah dan Bahasa Inggeris, tetapi pada masa itu, beliau tidak pernah terfikir yang pelajaran ini membawa banyak faedah dihari mendatang menyebabkan beliau lebih memberi tumpuan kepada pelajaran Bahasa Arab dan kitab-kitab agama sahaja.

PERIBADI

Haji Nik Abdullah memiliki sifat-sifat yang unggul bersesuaian dengan kriteria sebagai seorang kepimpinan:

* Seorang yang baik lagi peramah.
* Seorang yang tegas lagi berprinsip, tidak membezakan dari segi layanan terhadap orang kaya dan juga orang miskin.
* Seorang yang tidak menghambakan diri terhadap kebendaan sebaliknya harta benda digunakan sewajarnya untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
* Seorang yang bertaqwa
* Seorang yang pandai mengatur disiplin hidup samada ketika berada di rumah atau di hadapan masyarakat.
* Seorang yang berani dan tidak ragu-ragu menyatakan kebenaran.
* Seorang tokoh pidato yang berkaliber
* Seorang yang tegas dan tidak teragak-agak untuk mengkritik serta menentang tindak tanduk kerajaan (negeri dan pusat)-Dalam konteks politik negara.

 

   

Makluman
SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, terletak 8 km dari pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darulnaim, 5 km dari bandar Baru Kubang Kerian dan 5 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra Pengkalan Chepa.
     
Menu
 
Ko-kurikulum
 
Pautan
Kemaskini : 2 NOV 2006
Hakcipta Terpelihara MTMcomclub Productive Designer © 2006
PENAFIAN
SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui  laman web ini. 

comsebarang pertanyaan mengenai laman web ini boleh dihantar kepada: mtm_comclub@yahoo.comSMU (A) Tarbiah Mardhiah, Panchor 16100 Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. tel: 09-7739594 fax: 09-7749320