SEJARAH

 

PENDAHULUAN

SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, Kota Bharu Kelantan adalah sebuah sekolah Menengah Ugama (Arab) bantuan kerajaan Kelantan di bawah pengendalian Yayasan Islam Kelantan.

Bersesuaian dengan nama sekolah serta berlandaskan falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan, maka sekolah ini bermatlamat melahirkan generasi pelajar yang berilmu, beriman, beramal soleh dan bertakwa kepada Allah supaya menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan Negara. Semenjak penubuhannya SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin yang juga dikenali dengan nama Sekolah Arab Pak Nik Lah dikalangan masyarkat setempat telah banyak memberi sumbangan dalam menyebar dan memperluas pendidikan serta nilai-nilai Islam kepada masyarakat Kelantan khususnya kepada Negara amnya. Sekolah ini juga telah berjaya meningkatkan prestasi akedemik mahupun disiplin pelajar. Hasil dari itu ramai cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang telah dapat dilahirkan.

Sekolah ini semakin terkenal dan bertambah maju dari setahun ke setahun berikutan penambahan bilangan pelajar dan guru-guru berdedikasi. Kini bilangan pelajar sekolah ini mencecah 1500 orang, terdiri dari pelajar safful awal (peralihan) hingga ke tingkata enam atas. Dengan itu SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, telah disenaraikan sebagai sekolah Menengah Ugama (Arab) Bantuan Kerajaan terbesar di Kelantan.

Namun akibat perkembangan yang pesat, sekolah ini tidak mampu menampung pertambahan bilangan pelajar dengan kemudahan dan bangunan yang sedia ada. Segala kelengkapan dan kemudahan pembelajaran ,menjadi semakin berkurangan malah ketinggalan zaman, justeru itu tidak dapat memberi keselesaan kepada pelajar dalam proses pembelajaran.
Maka untuk mengatasi masalah berkenaan, sekolah ini bercadang untuk membina sebuah bangunan baru 3 tingkat mengandungi 13 bilik darjah dan 1 makmal sains untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran di sekolah ini. Bangunan baru ini dalam proses pembinaan, di atas tapak yang sedia ada.

“ Dari kesusahan dapat pengalaman, dari kesusahan dapat kesempurnaan, dari kesilapan dapat kesederhanaan”

LOKASI

SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, terletak 8 km dari pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darulnaim, 5 km dari bandar Baru Kubang Kerian dan 5 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra Pengkalan Chepa.

Lokasinya yang strategik ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan sekolah ini menjadi pilihan utama antara sekolah-sekolah Menengah Agama Bantuan di Kelantan, walaupun terdapat persaingan di antara SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki dan SMU(A) Maahad Muhammadi Perempuan dan SMU(A) Maahad Pengajian Islam, Jalan Bayam, disekitar bandar Kota Bharu ini.

SEJARAH PENUBUHAN

Pada mulanya SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, Kota Bharu Kelantan berbentuk institusi pengajian pondok yang pertama di Kampung Panchor yang lebih dikenali dengan nama “Pondok Tok Ayah Kedah” yang mana pengasasnya ialah Tok Ayah Kedah dan tuan Guru Haji Bin Said (Lebai said).

Dengan hasrat ingin membangun masyarakat dan membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan, usaha yang dimulakan oleh kedua-dua orang tokoh pendidik itu telah diteruskan oleh Haji Nik Abdullah Bin Haji Arshad dengan perancangan yang lebih tersusun. Hasil kegigihan beliau tertubuhlah sebuah sekolah Ugama (Arab) Panchor pada tahun 1952 bersamaan 1372 hijrah, dengan nama Madrasah Al-Tarbiah Al-Mardhiah.(MTM)

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini ditempatkan disebuah bangunan kecil (wakaf) berukuran 10’ x 10’ beratapkan zink yang dijadikan dua bilik darjah. Bilangan pelajar pada hari pertama ditubuhkan ialah 8 orang dengan kelas permulaannya darjah satu. Bilangan pelajar terus bertambah menjadi 58 orang pada akhir tahun pertama penubuhannya. Guru tetap pada masa itu hanya dua orang sahaja iaitu Haji Mohd. Salleh Haji Arshad dan Haji Musa Mohd Salleh yang mana yuran yang dikenakan pada masa itu ialah 30 sen sebulan. Selepas itu pungutan derma telah dibuat untuk membina bangunan baru di tapak baru dengan jumlah pungutan yang diperolehi sebanyak RM 70.00. Dengan itu bangunan baru yang berukuran 31’ x 29’ telah didirikan secara gotong-gotong.

Bangunan yang dibina pada tahun 1961 setelah diubahsuai, masih digunakan sehingga sekarang untuk menampung bilangan pelajar yang begitu ramai.

Sebagai sebuah sekolah Agama rakyat, keadaan sudah tentu daif dan terpaksa menghadapi kekurangan dalam semua aspek seperti keewangan, bangunan dan lain-lain. Pada masa itu terdapat bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat dan seterusnya diambil alih dan dipulihkan oleh pihak Jabatan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Dari situ, sekolah ini mula dikenali sebagai SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin.

Dari masa ke semasa sekolah ini semakin berkembang maju hingga terkenal ke seluruh tanah air termasuk Sabah dan Sarawak dan negara-negara jiran seperti Brunei Darulsalam, Thailand dan Singapura.

 

   

Makluman
SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, terletak 8 km dari pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darulnaim, 5 km dari bandar Baru Kubang Kerian dan 5 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra Pengkalan Chepa.
     
Menu
 
Ko-kurikulum
 
Pautan

 

 

kedai sekolah
 

barisan guru
 


barisan guru
 

kantin
Kemaskini : 2 NOV 2006
Hakcipta Terpelihara MTMcomclub Productive Designer © 2006
PENAFIAN
SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui  laman web ini. 

comsebarang pertanyaan mengenai laman web ini boleh dihantar kepada: mtm_comclub@yahoo.comSMU (A) Tarbiah Mardhiah, Panchor 16100 Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. tel: 09-7739594 fax: 09-7749320